Sunday, 7 February 2016

Nuasa Global Resources #NGR

Sebelum ni selalu updated mengenai produk2 orang asli mesti tertanya-tanya macamna nak order atau teknik pemasaran xde ke? Dari situ tertubuhnya Nuasa Global resources dengan tagline nye Back to nature htag taglinenya #backtonature #back2nature ataupun #Nuasaglobal #Nuasaglobalresources #NGR. Peranan nuasa adalah melatih, menjual, dan memasarkan produk kraf orang asli mengikut permintaan di luar sana.

Selain itu, Nuasa global resources #NGR juga berperanan sebagai pengerak dalam pemasaran bagi produk2 oku seperti aroma therapy dari syarikat ariff kasturi, kraftangan dan jahitan pusat jati diri 1 azam, semangat maju, serta food n bakery Pusat Inkubator 1 Azam/Ak One.

Untuk jangka masa yang panjang Nuasa/NGR juga bersedia utk menyediakan khidmat pemasaran bagi mana2 projek yang melibatkan society/csr. Sekiranya ada mana2 pihak ingin bekerjasama boleh terus hubungi no telefon yang tertera di kad bisnes tersebut.

Untuk info, Nuasa/NGR telah bekerjasama dengan Yayasan Emkay yang telah banyak menyokong usaha untuk membantu golongan orang asli dan OKU ini dari aspek menjana pendapatan/ekonomi dan penempatan pekerjaan. Salah satu sumbangan adalah menempatkan produk2 kraftangan orang asli ini di resort yg berada di perak. Antaranya ialah, Bukit merah laketown resort, Pulau Orang Utan dan Belum Rainforest Resort. Beberapa sumbangan lain turut disertakan bagi membantu golongan OKU. Jutaan terima kasih buat Yayasan Emkay (YE) dan resort2 (YE) yang banyak membantu. Diharapkan dapat diperluaskan ke resort2 lain dalam meneruskan usaha murni ini.

Saturday, 6 February 2016

She's my perfecto

Kalo diimbas kembali memori kami bertiga, mengadap 3 purnama pun x abes. Luaran nmpak cool je, tapi bila jumpa kepala bab mgena no 1. Yg tengah tu mak tapi dia punye layan pn lebih kurang je dengan kami. Pape pun, tumbesaran kami banyak gelak ketawa wlaupun kadang2 kena tibai mnangis n then gelak blik..


Kg. Orang Asli Bukit Cermin

Kampung bukit cermin adalah salah satu kampung orang asli yang mula berinovasi dalam mengeluarkan produk kraftangan. Contohnya, nyiru atau lebih dikenali dengan panggilan tampi adalah karftangan yang dihasilkan secara berfokus dengan pelbagai corak, hasil inovasi para peserta memenuhi permintaan pasaran. Corak yang sangat menarik pernah dihasilkan adalah tampi berbentuk love dan permintaan tempahan secara pos adalah dari warga selangor dan kuala lumpur. Sangat sesuai utk dijadikan hiasan dan dulang meletakkan makanan seperti kuih muih beralas daun pisang. Terutama bila ada majlis, kenduri makanan pengantin, atau di musim perayaan. Terbaik la, kembali kepada memori dulu2, tradisional gitew.  #backtonature #NGR

Hasil seni kraf tradisional orang asli

Kalau sebelum ni pernah post pasal kaum ibu yang menjana pendapatan. Kali ini saya updated pula mengenai kaum bapa yg mula tercabar dan mula menghasilkan hasil seni kraftangan tradisional orang asli sebagai sumber pendapatan mereka. Hasil seni mereka sangat halus dan teliti. Hasil kraftangan mereka mengikut ilham yg ada dalam diri masing2.

Corak kraftangan mereka juga berbeza mengikut suku kaum. Contohnya, kaum yang terdapat di RPS Banun yg sy temui adalah suku kaum semai, temiar, dan jahai. Dari segi perbezaan corak kraftangan mereka sangat ketara. Permintaan bagi produk ini mendapat sambutan kerana sukar didapati dan sangat unik. Untuk memperbaiki hasil kraftangan mereka bagi membantu memasarkan produk ini, satu usaha bagi menetapkan saiz yg tepat bagi setiap item produk perlu dilatih dalam kalangan peserta. Buat masa sekarang, diharapkan pelanggan yg pernah membuat tempahan atau belian hasil kraftangan ini dapat memahami cabaran situasi yg kami alami.

Sukarelawan Green Ranger Malaysia (GRM)

Kursus sukarelawan Green Ranger Malaysia (GRM) telah diadakan pada 22/1/16. Penyertaan seramai 38 peserta. Jutaan terima kasih kepada yayasan emkay kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai misi sukarelawan GRM ini. Penyertaan misi sukarelawan ini terdiri daripada guru2, hikers G7 langgortackers, dan jtk staff serta beberapa peserta terdiri daripada pesara kerajaan. Misi kami adalah membantu GRM dalam setiap aktiviti yg dijalankan serta membangunkan ekonomi penduduk asli di RPS Banun Gerik Perak dari semua aspek seperti pelancongan, penempatan pekerjaan, pertanian dan kemahiran jahitan dan kraf dalam kalangan kaum ibu. Galakan dan sokongan dari semua pihak amatlah kami alu-alukan

Friday, 5 February 2016

Recycle banner

Banner merupakan salah satu cara promosi atau iklan yg digunakan untuk tempoh tertentu sahaja. Kemudian banner akan diturunkan dan dibuang, agak2 berapa lama proses penguraian untuk bumi hadam 1 banner td? Haaa, ini adalah salah satu langkah yg sangat efisien untuk menyelamatkn perut bumi dari terus terpaksa hadam benda plastik mcmni. Kami menerima mana2 penghantaran banner secara percuma untuk dijahit oleh kaum ibu orang asli di negeri perak. Mereka akan menjana pendapatan dari usaha kecil ini. Jadi susulan peranan kita adalah perlu ada kesedaran tentang kitar semula. Peratus usaha malaysia dalam kitar semula hanyalah 5% sahaja. Agak2 siapa yg mengusaha kitar semula 5% tu? Jengguk kat luar tu, auntie, uncle, abang2 dan lain2, yg berpakaian lusuh tu kutip tin,surat khabar, botol plastik dll tu la yg menyokong usaha 5% ini. Jadi kita? Bak telinga, nak bisik "lu pikir sama2 la" .

Belajar dari kebodohan

Topik hari nie "bodoh". Emm... Kasarnya bunyi bahasa, tapi secara realiti banyak manfaat yang kita boleh dapat dari perkataan bodoh. Sedar atau tidak, bodoh ni xsalah wujud dalam diari hidup kita. Bila dibelek2 perkataan bodoh ni sangat sensitif macam perkataan babi, kesian makhluk tu xsalah pun. Mind set kita yg terlalu rigid nk trima pkataan tu, tp jgn pula disalah guna sampai guna dlm setiap carutan. Itu mmg xelok la, budi bahasa budaya kita. Bodoh ni jangan malu, ego, atau takut nak mengaku yg kita pernah jadi bodoh atau pernah diperbodohkan. Memang payah orang bodoh ni nak sedar diri, hahaha.. Rasa lucu plak membincangkan isu bodoh ni.

Ok, topik dikembangkan lagi dengan point seterusnya. Bila seseorang tu dalam kebodohan, kebiasaanya dia takkan pernah rasa yg dia bodoh selagi dia xmnerima pkataan ini bg mengambarkan keadaan dirinya. Secara lahiriah org seperti ini celik, secara batin matanya tertutup rapat dan xtau ape yg mnunggu di depannya. Tapi..! Jeng, jeng, jeng, orang ini mampu disedarkan apabila mereka menerima perkataan bodoh ini dan mulai buka mata sedikit demi sedikit dan melihat cerdik yg dah lama menunggu di depannya. Sweet kn, hehehe..! Akhirnya bodoh mula belajar kesilapannya dari cerdik yg menunggunya tadi. Jadi xsalah kn bodoh tadi, dan dia ada potensi untuk belajar jadi seperti cerdik sebab dia buka mata td dan sedar upanya dia bodoh selama ini. Ha, kan xlari dari tajuk asal, bodoh xsalah wujud dlm diari hidup kita jnji kita sedar dan terima keadaan yang kita pernah bodoh. Terimalah bodoh, kahkahkah.. #melawaksaja

Thursday, 4 February 2016

Projek Jahitan Kaum Ibu Orang Asli Negeri Perak



Projek jahitan bagi kaum ibu yang menyasarkan golongan orang asli ini memberi pendedahan tentang kemahiran menjahit dan membantu kaum ibu menambah pendapatan mereka. kebanyakan daripada mereka adalah yang keciciran daripada arus kemajuan terutamanya dalam pendidikan.



Cabaran yang terbesar bagi mereka untuk belajar cukup jelas bagi kaum ibu yang mempunyai anak kecil, namun terdapat segelintirnya ada yang mengendong anak dan menunggu giliran untuk belajar menjahit dan membuat kraftangan. Di sini lah, masih terdapat golongan yang harus dibantu dari aspek pendedahan tentang kemajuan berfikir, cara hidup yang lebih baik, dan corak hidup meskipun hanya menapak langkah yang kecil.





The first step begins



Haaiii everyone..!! The sticky face, hehe, Actually, it was my first experience after graduation.