Sunday, 7 February 2016

Nuasa Global Resources #NGR

Sebelum ni selalu updated mengenai produk2 orang asli mesti tertanya-tanya macamna nak order atau teknik pemasaran xde ke? Dari situ tertubuhnya Nuasa Global resources dengan tagline nye Back to nature htag taglinenya #backtonature #back2nature ataupun #Nuasaglobal #Nuasaglobalresources #NGR. Peranan nuasa adalah melatih, menjual, dan memasarkan produk kraf orang asli mengikut permintaan di luar sana.

Selain itu, Nuasa global resources #NGR juga berperanan sebagai pengerak dalam pemasaran bagi produk2 oku seperti aroma therapy dari syarikat ariff kasturi, kraftangan dan jahitan pusat jati diri 1 azam, semangat maju, serta food n bakery Pusat Inkubator 1 Azam/Ak One.

Untuk jangka masa yang panjang Nuasa/NGR juga bersedia utk menyediakan khidmat pemasaran bagi mana2 projek yang melibatkan society/csr. Sekiranya ada mana2 pihak ingin bekerjasama boleh terus hubungi no telefon yang tertera di kad bisnes tersebut.

Untuk info, Nuasa/NGR telah bekerjasama dengan Yayasan Emkay yang telah banyak menyokong usaha untuk membantu golongan orang asli dan OKU ini dari aspek menjana pendapatan/ekonomi dan penempatan pekerjaan. Salah satu sumbangan adalah menempatkan produk2 kraftangan orang asli ini di resort yg berada di perak. Antaranya ialah, Bukit merah laketown resort, Pulau Orang Utan dan Belum Rainforest Resort. Beberapa sumbangan lain turut disertakan bagi membantu golongan OKU. Jutaan terima kasih buat Yayasan Emkay (YE) dan resort2 (YE) yang banyak membantu. Diharapkan dapat diperluaskan ke resort2 lain dalam meneruskan usaha murni ini.

No comments:

Post a Comment