Saturday, 6 February 2016

Hasil seni kraf tradisional orang asli

Kalau sebelum ni pernah post pasal kaum ibu yang menjana pendapatan. Kali ini saya updated pula mengenai kaum bapa yg mula tercabar dan mula menghasilkan hasil seni kraftangan tradisional orang asli sebagai sumber pendapatan mereka. Hasil seni mereka sangat halus dan teliti. Hasil kraftangan mereka mengikut ilham yg ada dalam diri masing2.

Corak kraftangan mereka juga berbeza mengikut suku kaum. Contohnya, kaum yang terdapat di RPS Banun yg sy temui adalah suku kaum semai, temiar, dan jahai. Dari segi perbezaan corak kraftangan mereka sangat ketara. Permintaan bagi produk ini mendapat sambutan kerana sukar didapati dan sangat unik. Untuk memperbaiki hasil kraftangan mereka bagi membantu memasarkan produk ini, satu usaha bagi menetapkan saiz yg tepat bagi setiap item produk perlu dilatih dalam kalangan peserta. Buat masa sekarang, diharapkan pelanggan yg pernah membuat tempahan atau belian hasil kraftangan ini dapat memahami cabaran situasi yg kami alami.

No comments:

Post a Comment